ANGGOTA kumpulan Sepahtu, Shuib menyatakan dia bakal beraksi seorang diri dalam program Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM2014), malam ini.
Menurut Shuib, Jep tidak dapat melakukan tugas mingguan mereka itu di atas masalah kesihatan yang tidak mengizinkannya untuk berbuat demikian.
“Untuk makluman semua, Jep tidak dapat beraksi malam ini atas masalah kesihatan yang tidak mengizinkan. Jadi saya seorang yang akan membuat persembahan malam ini. Doakan saya. Doakan Jep cepat sembuh dan support Sepahtu. Saya akan cuba buat yang terbaik,” tulis Shuib menerusi laman Instagram.
Minggu ini, MLM2014 bertemakan komedi seram yang akan menampilkan persembahan daripada lapan peserta yang masih lagi bertahan iaitu kumpulan Shiro, Sepahtu, Bocey, Virus, Zero, Jalur, SYJ dan Nabil.
0 Response to "SELEPAS ILYA BUANG , KINI GILIRAN JEP PULA MENINGGALKAN SEPAHTU"
Post a Comment